Friday, May 15, 2009

SHOW FAZS AKAN DATANG PADA 17 MAY 2009

SALAM, untuk pengetahuan pelayar2 blog yg menerjah BLOG INI..
kami FAZS akan berada di PANTAI DALAM di FLAT DBKL BELAKANG ANGKASAPURI R.T.M untuk mAJLIS kenDURI KAHWIN STAFF PETRONAS DAGANGAN BERHAD.

SO..KAMI AKAN UPLOADKAN AKTIVITI TERSEBUT PADA MINGGU HADAPAN INSYA,ALLAH..

SYUKRAN..

UDEEN FAZS

Sunday, May 3, 2009

SHOW FAZS DI KARNIVAL RAKYAT 2009





































































Salam..

baru-baru ni kumpulan fazs telah dijemput untuk bersama-sama meraikan KARNIVAL RAKYAT 2009 di AMPANG JAYA anjuran WARGA DUN TERATAI.

Program bermula pada pukul 8.00 pg dengan Program permulaan ialah senam aerobik
yg di conductor kan oleh P.A kumpulan nasyeed IN HEART.Ramai warga ampang yg turut mengambil bahagian dalam senam aerobik tersebut.

Setelah selesai, acara di atas di lanjutkan pula dengan majlis perasmian yg di rasmikan oleh YB ZURAIDAH BT KAMARUDIN (ahli parlimen AMPANG).

kemudian di susuli dengan acara sukan rakyat, seperti MUSICAL CHAIR , PERTANDINGAN MEWARNA , CERAMAH AGENSI DADAH KEBANGSAAN , PAMERAN dan DISELANG SELIKAN dengan PERSEMBAHAN NASYEED KUMPULAN FAZS.

Dan pada sebelah malam pula ialah acara kemuncak yg bermula JAM 9 mlm..

Dimulakan dengan PERSEMBAHAN NASYEED KUMP FAZS sekali lagi, kemudian ceramah umum oleh YB KHASIM ABD AZIZ, YB ZURAIDAH KAMARUDDIN dan KEMUNCAK NYA ceramah OLEH SAUDARA MD SABU.

ALHAMDULILLAH, apa yg kami berani komen, program berjalan lancar , dan berjaya menarik perhatian rakyat utk terus mengetahui isu-isu semasa tentang PROGRAM PERJALANAN KERAJAAN.

TERIMA KASIH @ SYUKRAN KEPADA WARGA KERJA KARNIVAL 2009 KERANA TIDAK SERIK MENJEMPUT KAMI DALAM APA SAHAJA PROGRAM KELOLAAN MEREKA..
MOGA ALLAH MEMBALAS JASA BAIK TUAN-TUAN SEKALIAN..ALLAH AKBAR..


zOuL - FAZS ( 4 MAY 2009 )

Saturday, April 11, 2009

LAGU SINGLE FAZS - BERMULALAH PERJUANGAN

Lagu di sebelah kanan anda yg bertajuk BERMULALAH PERJUANGAN ini adalah lagu single FAZS yg telah diedarkan di stesyen-stesyen radio swasta dan kerajaan pada BULAN RAMADHAN baru-baru ini.

ALHAMDULILLAH lagu ini mendapat tempat di corong radio IKIM.FM dan RADIO K.L SAHAJA. Tp alhamdulillah, walaupun 2 radio ini sahaja yg memainkan lagu kami, kami amat bersyukur pada ALLAH..mungkin ada hikmahnya..

Lagu ini adalah lagu yg di cipta liriknya oleh SAUDARA ZOUL_FAZS , lagu oleh ZOUL_FAZS dan BESTARI TERBIT SDN BHD. GENRE lagu ini ialah berentak masri, apapun bentuk lagu apa yg penting bagi kami ialah mesejnya..

Untuk pengetahuan semua,mesej lagu ini ditujukan kepada semua,tak kira samada PEMIMPIN,KETUA PEMUDA,VVIP,DAN SEMUA PIHAK YG PUNYAI KUASA dan SEMUA UMMAT ISLAM DI DUNIA.

HAYATILAH LIRIK DAN LAGU INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA,MOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA DI DUNIA HINGGA AKHIRAT.

SOKONGLAH INDUSTRI NASYEED TANAH AIR.

Friday, April 10, 2009

SUASANA PILIHANRAYA BUKIT GANTANG PERAK

SALAM..
TAHNIAH KAMI UCAPKAN KEPADA YB NIZAR JAMALUDDIN KERANA BERJAYA DALAM PILIHAN RAYA KECIL BARU-BARU INI.MOGA ALLAH MERAHMATI PERJUANAGAN SAUDARA DAN JUGA SEMUA RAKYAT MALAYSIA AMNYA.

INILAH DIA SUASANA SEKITAR PROSES BERKEMPEN DI BUKIT GANTANG,
KEBETULAN PADA MASA INI KAMI DIJEMPUT UNTUK MEMBUAT PERSEMABAHAN DI SANA PADA MALAMNYA.

ALHAMDULILLAH KAMI FAZS MEMUJI SEMUA RAKYAT BUKIT GANTANG KERANA WALAUPUN DI DALAM KAWASAN KAMPUNG, TETAPI MEREKA TETAP PROFESIONAL DARI SEGI GERAK KERJA DAN JUGA KEPIMPINAN YG BERHIKMAH LAGI MENDIDIK JIWA.TERUSKAN DAN KAMI MENDOAKAN KESEJAHTERAAN KEPADA MEREKA DAN RAKYAT PERAK AMNYA.

YASSER FAZS

SHOW MAULIDUURASUL S.A.W DI AMPANG

















SALAM.
INILAH SUASANA SEKITAR SHOW FAZS SEMPENA MENYAMBUT MAULIDURRASUL S.A.W DI AMPANG.
KAMI DI SINI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA GERAK KERJA YB KHASIM ABD AZIZ DAN JKP ZON AMPANG JAYA SUDI MENJEMPUT KAMI UNTUK MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI. SELAIN SHOW NASYEED , MEREKA JUGA MERASMIKAN PUSAT TUISYEN UNTUK ANAK-ANAK KELUARGA YG AGA SUSAH QARIAH LEMBAH JAYA DI BAWAH KELOLAAN JKP AMPANG JAYA.
MOGA USAHA YG ANTUM JALANKAN BERJAYA DAN DI BERKATI SERTA DI RAHMATI ALLAH. TAHNIAH...
ABU FAZS

FAZS MASUK TOURNAMENT BOLA DIANTARA DEPARTMENT P.D.B

















SALAM..
INILAH DIA ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEMASA TOURNAMENT BOLA SEPAK DIANTARA DEPARTMENT P.D.B (PETRONAS DAGANGAN BERHAD).
TP ALHAMDULILLAH,WALAUPUN KAMI TIDAKLAH MENANG TAPI KAMI DPT MENGERATKAN SILATURRAHIM ANTARA STAFF STAFF YG LAIN, SEPERTI STAFF P.D.B DR TERENGGANU,SARAWAK, PRAI DAN TEMPAT LAIN.
APAPUN KALAU ADA PELAYAR BLOG YG INGIN MENCUBA UTK FRIENDLY MATCH BERSAMA KAMI BOLEH HUBUNGI EN SOLAHUDDIN OMAR DI TALIAN 017-6212930 UTK FUTSAL SHJ. BOLA PADANG DH TAK SANGGUP PANCITTTT LERKKK.

BERSANTAI DI RUMAH ZOUL











SALAM.

SEBENARNYA GAMBAR INI SAJA2 DI UPLOADKN,
SEMASA INI KAMI SEDANG BERKUMPUL UTK BERGERAK BERSAMA-SAMA
KE SUBANG ADA TUGAS YG PERLU DI BUAT,
POSE KHAS UTK SEMUA PELAYAR DAN PEMINAT BLOG FAZS.

ZOUL

SALAHUDDIN FAZS ACCIDENT
















SALAM..





INI ADALAH SERBA SEDIKIT KHABAR BERITA KEPADA SEMUA YG MELAWATI BLOG FAZS INI..





BARU-BARU NI SALAH SEORANG AHLI ANGGOTA FAZS TELAH MENDAPAT KECELAKAAN JALAN RAYA.





ALHAMDULILLAH SEMUANYA TERKAWAL,CUMA KEADAANNYA YG SEDIKT CEDERA.





NAMUN KAMI AHLI YG LAIN MENDOAKN SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH DAN DAPAT MENERUSKAN PERJUANGAN SEPERTI BIASA.





KEADAAN INI BERLAKU APABILA BELIAU MENUNGGAN MOTOR,BALIK DR MEMBELI MAKANAN UTK AYAH DAN IBUNYA, NAHAS BERLAKU KIRA-KIRA JAM 7.50 MLM.SEBUAH KERETA MYVI TELAH MELANGGAR BELIAU.





TP APAPN MOGA KEJADIAN INI ADA HIKMAHNYA.





SABAR DAN KUATKAN IMAN..UJIAN DR ALLAH UNTUK SAUDARA DAN JUGA AHLI FAZS YG LAIN..ALLAH LEBIH TAHU..

Thursday, April 2, 2009

FAZS DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA SG MERAB BANGI

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,
ALHAMDULILLAH KUMP FAZS TELAH SAMA-SAMA MENGHADIRI KE MAJLIS KONVENSYEN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA SG MERAB BANGI BARU-BARU INI.
SEGALA PERSIAPAN YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK SEKOLAH AMATLAH SEDERHANA
TETAPI MAJLIS DIKENDALIKAN DENGAN AMAT BAIK.TAHNIAH KAMI DR FAZS UCAPKAN.
APAPUN DOA KAMI, SEMOGA WARGA SEKOLAH AGAMA SG MERAB BANGI INI MOGA DI BERIKAN KESIHATAN,KEJAYAAN YG LEBIH LAGI UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK REMAJA ISLAM UNTUK LEBIH CEMERLANG.
YG BERJAYA TAHNIAH DIUCAPKAN,DAN YG GAGAL JANGAN BERPUTUS ASA..
TIDAK SEMESTI ANDA GAGAL DI TAHAP INI ANDA KAN GAGAL SELAMANYA..
TERUSKAN LAGI USAHA.ADA HIKMAH DI SEBALIK KEJADIAN..
SYUKRAN WARGA SEKOLAH MENGAH AGAMA SG MERAB BANGI...MAY ALLAH BLESS YOU ALL..




















f

Thursday, March 5, 2009

SERTAI AMAL MALAYSIA SEKARANG !!!

LAWATLAH LAMAN WEB http://www.amalmalaysia.net/
UTK PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI AMAL MALAYSIA.
REMAJA-REMAJA ISLAM AMAT DIGALAKKAN
UTK MENDAFTAR.


Outer Circle
Completeness
Perfect concept
Professionalism
Inner Circle
Globe Image (Global vision).
Hand Shake
Friendship for all
Peace for all
“Al ‘Amalulillah” (Arabic)
Indulging in charity and humanitarian work in the name of Allah.
“Amal Kerana Allah” (Malay)
Serving God (serve to Allah)
Colours
uuGreen
Islamic spirit and peaceful
uuWhite
Peace
uuGold
Excellent work
uuBlack
Stability/ Strength

POSTER MALAM AIR MATA PALESTIN



SAMBUTAN 1 TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN BARU SELANGOR

JEMPUTLAH DATANG BERAMAI-RAMAI
UTK MENGETAHUI HAL EHWAL WANITA DAN JUGA SAMBUTAM SATU TAHUN
PENTADBIRAN KERAJAAN BAHARU SELANGOR
TAPI APA PUN JGN LUPA BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI UTK PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT DI ISTANA NEGARA PADA 7 MAC 2 PTG
UTK MENGHAPUSKAN P.P.S.M.I

Wednesday, March 4, 2009

PERHIMPUNAN RAKSASA 100 RIBU HAPUSKAN PPSMI





  • MASA : JAM 2 PTG

  • TARIKH : 7 MAC 2009

  • TEMPAT : SOGO ,CENTRAL MARKET, MASJID NEGARA
  • TEMA BAJU : WARNA PUTIH
  • LARANGAN : JGN ADA SEBARANG SIMBOL PARTI POLITIK
  • TEGAHAN : TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA BARANGAN YG BOLEH DIJADIKN SENJATA

menetapkan tiga tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti yang berikut:(a) Pusat Perniagaan SOGO(b) Centrel Market(c) Masjid NegaraBagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dilakukan oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara.Permit perhimpunan sudah dipohon kepada Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.Peserta dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang symbol parti juga tidak dibenarkan.Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato' A. Samad Said, Dato' Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.Warna tema GMP adalah putih. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat Malaysia akan berkumpul di hadapan Istana Negara seperti yang telah dirancang.Hasni AbasSetiausahaGerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)http://gerakanmansuhkanppsmi.blogspot.com/

SEKITAR PELANCARAN SINGGLE FAZS

DARI KIRI : solah , udeen , yasser , zoul(abu)
majlis menandatangani kontrak

bersama sama audiens


bersama krew produksi BESTARI TERBIT SDN BHD




ASSALAMUALAIKUM W.B.T
INILAH DIA GAMBAR SEKITAR PELANCARAN SINGGLE FAZS.
MAAF RASANYA MCM BERITA NI TERLALU LAMBAT KELUAR..
APAPUN INILAH DIA ANTARA USAHA FAZS DAN BESTARI TERBIT SDN BHD
MENERBITKAN ALBUM SULUNG FAZS YG AKAN BERADA DI SEKITAR TAHUN 2009
INSYA,ALLAH




JOM TERJAH BLOG tamanmelurbarrios08.blogspot.com

banyak aktiviti-aktiviti semasa yg dilakukan oleh warga tamanmelurbarrios
so anda semua boleh lah mengenali secara langsung aktiviti-aktiviti yg dilakukan..
selain aktiviti, kami ada menyelitkan soal isu politik , ekonomi , dan keselamatan warga TAMAN MELUR BARRIOS.
KUMPULAN NOWSEEHEART
KUMP FAZS , kiri gitar : AMIN. tengah : SOLAH. kanan : ABU

Hahaha... Inilah buat pertama kalinya aku ikut salah seorang daripada ramai kawan-kawan yang ada stage performance, tapi dengan suasana yang sangat lain. Sebelum ini, biasanya "rock show", tapi kali ini "nasyid show".Fazs perform di Kelana Jaya, dekat Dewan Melawati, Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Ada artis pun, Now See Heart dengan satu band, ops! Group entah apa namanya. Aku ingatkan Devastator, rupanya Kumpulan One Fahd (?) Betul ke aku eja ni? Mana tak? Dia orang punya dressing siap pakai jaket askar bagai. Ingat band Metal, rupanya group mental. Tapi lagu OK. Kira nasyid progresiflah. Bukan tradisional macam yang selalu dengar di IKIM.FM. One Fahd (?) ini, promising group juga. Aku nampak sessionist drummer dia. Macam pernah nampak. Memang pun! Budak ASK. Kalau tak silap, nama dia Mamu. Ada perform dekat Rentak Juara ( RTM 1 ).Now See Heart poyo! Miming pok! Ingat live. Ceh! Nampak macam sombong pula tu. Apa boleh buat. Mereka kan lebih dekat dengan Tuhan. Aku ni jauh sikit! Ahaks! Group Abu ini kira OK lah. Ada gitaris. Ada tamborine player. Tak banyak instrumen. Lebih kuat pada vokal. Aku tak berapa faham struktur kumpulan yang gunakan suara sebagai instrumen. Yang aku tahu, ada tenor, ada bass. Yang lain, tanya Ijal Samseng.So, itu hari aku dengar Fazs ada masuk Pertandingan Nasyid. 31 Ogos lepas. Dia orang menang beb! Tapi nombor dua lah. Kira OK lah, daripada ada orang tu bertahun-tahun masuk pertandingan itu dan ini, bising lebih, tapi tak menang juga!
from : SADIQIN
tamanmelurbarrios08.blogspot.com

Monday, March 2, 2009

KURSUS SUKARALAWAN PERUBATAN

Us Yusof - SU Yayasan Amal Malaysia Selangor S.Alam. Sijil dari BUlan Sabit Merah disediakan. Berpeluang jadi sukarelwan perubatan..Hubungi segera saya di 019-2304188. Tempat terhad.

KARNIVAL AMAL MEGA




PROGRAM KARNIVAL AMAL MEGA
By nuralia Posted in Isu Semasa
Forum Perdana Ehwal Islam, Motivasi Kecemerlangan Remaja, Sukaneka, Acara Untuk Kaum Ibu dan Bapa, Pameran Agensi Kerajaan, Gerai Jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Persembahan Nasyid dan Penyampaian Sumbangan adalah antara slot mengisi program Karnival Amal Mega dan Malam Espresi Seni Islam anjuran PKMDSS dan Surau BK 4 di Bandar KInrara 4 baru-baru ini.
Slot Forum telah menampilkan dua orang pendakwah yang terkenal iaitu Ustaz Mohd Uda Kassim dan ustaz Abdullah KhairiSementara Kumpulan Soffone dan Fazs pula mengisi slot persembahan nasyid.
Program ini adalah lanjutan daripada program pertama yang telah berjaya dijalankan sebulan sebelum itu di Puchong Prima. Melalui program ini, seramai 44 keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan asas dari PKMDSS.
Sementara itu, seramai 80 orang telah menerima rawatan pemeriksaan kesihatan percuma yang dibawakan khas oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor. Jelasnya, melalui program ini, penglibatan dan kerjasama antara PKMDSS dengan masyarakat setempat dapat dijalinkan dengan lebih akrab. Ia juga memberi ruang kepada anggota masyarakat untuk mengenali dan memahami fungsi PKMDSS sebagai pusat sehenti untuk memberikan perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.
Program teras iaitu Hari Kesihatan akan diteruskan dari masa kesemasa. Beberapa jadual program telah ditetapkan dan akan dilaksanakan dengan kerjasama sepenuhnya Pejabat Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh dalam terdekat untk memberikan lebih banyak peluang kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan.
Program seumpama ini juga akan meningkatkan hubungan PKMDSS dengan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat serta meningkatkan imej PAS sebagai pertubuhan yang prihatin dengan keperluan masyarakat. Hakikatnya, PAS harus dilihat dan membuktikan bahawa ia dilihat sebagai mesra rakyat sebelum PAS mengharapkan masyarakat mengiktiraf perjuangannya.

PERASMIAN PASTI PUTRA PERMAI











Alhamdulillah. pada 14 Dis 2008 Pasti Putra Permai telah mengadakan upacara perasmian dengan penuh meriah dan sambutan yang menggalakkan.




Kumpulan nasyid Fazs telah menyampaikan beberapa buah nasyid untuk menghiburkan tetamu yang hadir.




Majlis ini bertambah meriah dengan adanya pertandingan mewarna dikalangan kanak2 yang telah datang sejak awal pagi.




Tidak ketinggalan ianya turut disertakan dengan sumbangan beg sekolah kepada kanak-kanak miskin di kawasan tersebut.




Semoga dengan lahirnya Pasti baru ini dapat meriahkan lagi persada Pasti Kawasan Puchong dan diharapkan ianya dapat menjadi pilihan terbaik ibubapa dicawangan tersebut. Pasti Kawasan Puchong maju setapak lagi dengan kehadiran 2 pasti baru di tahun 2009 iaitu Pasti Ar Raihan dan Pasti Putra Permai.

MALAM AIR MATA PALESTIN 28 JAN 2009

















090128 - Malam Air Mata Palestin
28 Januari 2009 / 1 Safar 1430

Pada 28 Januari 2009 (Rabu) bersamaan 1 Safar 1430H bertempat di Dataran Shah Alam, Selangor telah diadakan satu majlis Malam Air Mata Palestin bertujuan untuk menyebarkan maklumat terkini tentang keadaan di Gaza hasil pemerhatian rombongan pertama Yayasan Amal yang baru kembali dari Gaza sekaligus mengutip dana bagi mangsa keganasan di bumi Gaza.
Program bermula pada jam 8 malam dan majlis pembukaan diserikan oleh persembahan Akademi Silat Cekak Hanafi, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Fazs, Akhwan Affandi dan Muadz. Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor dan ProEvent dilantik sebagai perunding acara manakala Nasyeed.Com menyediakan event team.
YB Dr Halimah Ali yang juga Naib Presiden Yayasan Amal menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan anggota rombongan Yayasan Amal yang baru pulang dari Gaza iaitu YB Dr Ahmad Yunus Hairi dan Haji Jamuliddin Haji Elias. Tuan Haji Muhamad Sabu mengambil alih pentas dengan menyampaikn pidato beliau dengan penuh bersemangat sekaligus menghangatkan kedinginan malam yang disirami hujan. Walaupun hujan, lebih kurang seribu orang hadirin tetap tidak berganjak dan terus menunggu sehingga majlis selesai.
LINK DR NASYEED.COM