Wednesday, March 4, 2009

KUMPULAN NOWSEEHEART
KUMP FAZS , kiri gitar : AMIN. tengah : SOLAH. kanan : ABU

Hahaha... Inilah buat pertama kalinya aku ikut salah seorang daripada ramai kawan-kawan yang ada stage performance, tapi dengan suasana yang sangat lain. Sebelum ini, biasanya "rock show", tapi kali ini "nasyid show".Fazs perform di Kelana Jaya, dekat Dewan Melawati, Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Ada artis pun, Now See Heart dengan satu band, ops! Group entah apa namanya. Aku ingatkan Devastator, rupanya Kumpulan One Fahd (?) Betul ke aku eja ni? Mana tak? Dia orang punya dressing siap pakai jaket askar bagai. Ingat band Metal, rupanya group mental. Tapi lagu OK. Kira nasyid progresiflah. Bukan tradisional macam yang selalu dengar di IKIM.FM. One Fahd (?) ini, promising group juga. Aku nampak sessionist drummer dia. Macam pernah nampak. Memang pun! Budak ASK. Kalau tak silap, nama dia Mamu. Ada perform dekat Rentak Juara ( RTM 1 ).Now See Heart poyo! Miming pok! Ingat live. Ceh! Nampak macam sombong pula tu. Apa boleh buat. Mereka kan lebih dekat dengan Tuhan. Aku ni jauh sikit! Ahaks! Group Abu ini kira OK lah. Ada gitaris. Ada tamborine player. Tak banyak instrumen. Lebih kuat pada vokal. Aku tak berapa faham struktur kumpulan yang gunakan suara sebagai instrumen. Yang aku tahu, ada tenor, ada bass. Yang lain, tanya Ijal Samseng.So, itu hari aku dengar Fazs ada masuk Pertandingan Nasyid. 31 Ogos lepas. Dia orang menang beb! Tapi nombor dua lah. Kira OK lah, daripada ada orang tu bertahun-tahun masuk pertandingan itu dan ini, bising lebih, tapi tak menang juga!
from : SADIQIN
tamanmelurbarrios08.blogspot.com

No comments: