Monday, March 2, 2009

MALAM AIR MATA PALESTIN 28 JAN 2009

















090128 - Malam Air Mata Palestin
28 Januari 2009 / 1 Safar 1430

Pada 28 Januari 2009 (Rabu) bersamaan 1 Safar 1430H bertempat di Dataran Shah Alam, Selangor telah diadakan satu majlis Malam Air Mata Palestin bertujuan untuk menyebarkan maklumat terkini tentang keadaan di Gaza hasil pemerhatian rombongan pertama Yayasan Amal yang baru kembali dari Gaza sekaligus mengutip dana bagi mangsa keganasan di bumi Gaza.
Program bermula pada jam 8 malam dan majlis pembukaan diserikan oleh persembahan Akademi Silat Cekak Hanafi, persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid Fazs, Akhwan Affandi dan Muadz. Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Selangor dan ProEvent dilantik sebagai perunding acara manakala Nasyeed.Com menyediakan event team.
YB Dr Halimah Ali yang juga Naib Presiden Yayasan Amal menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti dengan ucapan anggota rombongan Yayasan Amal yang baru pulang dari Gaza iaitu YB Dr Ahmad Yunus Hairi dan Haji Jamuliddin Haji Elias. Tuan Haji Muhamad Sabu mengambil alih pentas dengan menyampaikn pidato beliau dengan penuh bersemangat sekaligus menghangatkan kedinginan malam yang disirami hujan. Walaupun hujan, lebih kurang seribu orang hadirin tetap tidak berganjak dan terus menunggu sehingga majlis selesai.
LINK DR NASYEED.COM

No comments: