Monday, March 2, 2009

KARNIVAL AMAL MEGA




PROGRAM KARNIVAL AMAL MEGA
By nuralia Posted in Isu Semasa
Forum Perdana Ehwal Islam, Motivasi Kecemerlangan Remaja, Sukaneka, Acara Untuk Kaum Ibu dan Bapa, Pameran Agensi Kerajaan, Gerai Jualan, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Persembahan Nasyid dan Penyampaian Sumbangan adalah antara slot mengisi program Karnival Amal Mega dan Malam Espresi Seni Islam anjuran PKMDSS dan Surau BK 4 di Bandar KInrara 4 baru-baru ini.
Slot Forum telah menampilkan dua orang pendakwah yang terkenal iaitu Ustaz Mohd Uda Kassim dan ustaz Abdullah KhairiSementara Kumpulan Soffone dan Fazs pula mengisi slot persembahan nasyid.
Program ini adalah lanjutan daripada program pertama yang telah berjaya dijalankan sebulan sebelum itu di Puchong Prima. Melalui program ini, seramai 44 keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan asas dari PKMDSS.
Sementara itu, seramai 80 orang telah menerima rawatan pemeriksaan kesihatan percuma yang dibawakan khas oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor. Jelasnya, melalui program ini, penglibatan dan kerjasama antara PKMDSS dengan masyarakat setempat dapat dijalinkan dengan lebih akrab. Ia juga memberi ruang kepada anggota masyarakat untuk mengenali dan memahami fungsi PKMDSS sebagai pusat sehenti untuk memberikan perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukan.
Program teras iaitu Hari Kesihatan akan diteruskan dari masa kesemasa. Beberapa jadual program telah ditetapkan dan akan dilaksanakan dengan kerjasama sepenuhnya Pejabat Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh dalam terdekat untk memberikan lebih banyak peluang kepada kumpulan masyarakat yang memerlukan.
Program seumpama ini juga akan meningkatkan hubungan PKMDSS dengan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat serta meningkatkan imej PAS sebagai pertubuhan yang prihatin dengan keperluan masyarakat. Hakikatnya, PAS harus dilihat dan membuktikan bahawa ia dilihat sebagai mesra rakyat sebelum PAS mengharapkan masyarakat mengiktiraf perjuangannya.

No comments: